All About Me!!




Gratisan Musik

Wednesday, February 9, 2011

-PENGETAHUAN K!TE...


-AYAT ROMANTIK KETIKA B'CINTA SEHINGGA B'KAHWIN...
Shopping
Awal Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “apa la shopping, buat habis duit jer..”
***
Makan
Awal Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “OK..no problem..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Awak tak boleh masak ke ?”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang”
***
Anak
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang mengandung.. ”
Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”
Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..”
Suami : “Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur…”
***
Kerja Rumah
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “OK..no problem..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye…”
Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Awak tak boleh buat keee..”
***
Hadiah
Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Tak payah le hadiah-hadiahhhhh. …”
***
Masak
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “takpe, biar abang masak..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “masak jer la apa2 jer..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “awak ni memang pemalas..”
Romantik ke ni??? icon wink Ayat Romantik Ketika Bercinta Sehingga Berkahwin .

-PEREMPUAN VS LELAKI: SIAPA KUAT CEMBURU???

Perempuan kuat cemburu? Lelaki pun apa kurangnya kan? Kalau tanya perempuan tentu tentu perempuan akan jawab lelaki.Bila tanya lelaki, mereka jawab perempuan. Sebenarnya, sama je 2-2. Perasaan cemburu ni bukan kenal jantina, cuma cara kita mengawal & tunjuk je berbeza.
Kenapa perempuan kata LELAKI kuat cemburu?
1- Kalau si GF tegur si BF yang cuba nak berbaik baik dengan kawan perempuan,kawan sekelas ke. Mereka akan cakap “Nak berkawan pon salah?” “Perempuan ni memang suka kongkong lah”. Tapi kalau si GF buat benda yang sama, baik baik dengan kawan lelaki, mulalah si BF nak merajuk & emosi.
2- Yang dah kahwin lain pulak ceritanya. Lagi lagi kalau isteri tak bekerja, duduk kat rumah jaga anak anak. Bukan main ligat lagi si suami keluar lunch dengan kawan kawan ofis, si isteri senyap je. Tapi bila isteri ber-Facebook, komen komen blog rakan blogger kat rumah mulalah nak sindir sindir, merajuk, tarik muka. Walaupun tak semua  suami macam ni tapi ada jugak kan?
3- Cemburu si GF/isteri dengan kawan lelaki tu boleh diterima lagi, biasalah kalau dah sayang kan. Tapi ada jugak lelaki yang jeles dengan kawan kawan perempuan pasangan dia. Sampaikan GF/isteri selalu calling2 dengan bestfriend nak ajak bergossip pon dia merajuk.  Jangan cakap takde, ada ye! Walaupun tak semua.
Kenapa lelaki kata PEREMPUAN kuat cemburu?
1- Perempuan ni berjiwa sensitif, kalau si Bf  macam cuba nak beramah mesra dengan cashier masa nak bayar barang atau toll gate girl time nak bayar duit tol pun dah muncung sedepa. Mulalah nak ungkit. Cerita 4tahun lepas pun boleh keluar.
2- Kawan kelas si GF bagi sms or call nak tanya assaignment pon, si GF kata si BF nak menggatal dengan perempuan lain. (Tapi yang perempuan tu pon, macam dah tak da kawan kelas perempuan yang lain pulak kan? Kan dah emosi)
3- Bila si BF/suami nak pergi reunion, mulalah nak cakap “tu nak pergi jumpa awek lama la tu” or “ni mesti nak mengelak keluar dengan i kan?”.
Kesimpulannya, cemburu ni normal. Cemburu tu tandanya sayang. Kalau tak sayang, suka hati awaklah nak terjun longkang ke parit ke. Sebab dah sayang kena lah jaga molek molek kan?
info: Kenapa perempuan selalu di ‘COP’ kuat cemburu?
1. Perempuan lebih cenderung untuk tunjuk cemburu tu dengan reaksi muka,tindakan, bebelan. Lelaki lebih suka, simpan dalam hati & menunjukkan dengan cara sendiri yang lebih tersirat. Ego!
2. Perempuan lagi kritikal dalam berfikir.Tapi terlampau memikirkan sangat sesuatu perkara sampai memberi kesan kepada life sendiri pon tak bagus. Yang lelaki,selalu menganggap benda tu sebagai remeh, malas nak pikir & tak perlu nak serius sangat. Kadang kadang tu macam ignorant pon ada.

-4 JENIS PEREMPUAN DI ELAK LELAKI...

Memang susah untuk kenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan pada pertemuan pertama. Memerlukan masa untuk memahami perasaan dan pandangan orang yang ingin didekati itu.
Beberapa sifat perempuan yang lelaki tak suka dan menggelak untuk berdamping dengan perempuan tersebut. Tapi bukan semua lelaki yang bercita rasa macam ni.


images1 Jenis Perempuan Di Elak Lelaki
Sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Lebih merisaukan, perempuan jenis ini sukar untuk dikenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.
Mula mula, meraka  akan berubah bila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu.Tapi  apabila mereka mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.
woman loves and hates everyone Jenis Perempuan Di Elak Lelaki
Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada perempuan jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat mereka yang jauh berbeza berbanding perempuan lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.
Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.
Lelaki hanya suka bergaul dengan mereka tanpa memikirkan sebarang komitmen dan bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin sebab fikiran jahat untuk menjalin hubungan seks semata-mata.
cAreer Jenis Perempuan Di Elak Lelaki
Ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan perempuan  berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan  terancam untuk bersama perempuan jenis ini. Tapi, sang lelaki beranggapan bahawa perempuan yang berjaya  tidak memerlukan  lelaki.
Perempuan yang memiliki karier yang stabil akan membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. So, kehadiran seseorang lelaki tak mampu menandingi apa yang mereka ada. Tapi,ada jugak  lelaki yang suka perempuan jenis ini kerana dari segi kewangan,perempuan  tidak bergantung kepada mereka.
nagging wife saidaonline Jenis Perempuan Di Elak Lelaki
Mengikut perspektif lelaki,perempuan yang banyak cakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan perempuan menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Tapi, bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.
Contohnya, bila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, pemain dan keputusan. Sebaliknya, bila topik bertukar kepada yang lebih feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak menceceh.
So, orang perempuan yang dalam usaha nak menangi hati lelaki, elak elakkan lah bersikap macam ni ;p.

-MENGENAL LELAKI MELALUI ANGGOTA BADAN...

Dikatakan anggota zahir lelaki dapat memberi gambaran terhadap sifat-sifat bataniah lelaki tersebut. Dikatakan petua atau tips ini terdapat dalam kitab Tajul Muluk iaitu kitab mistik orang melayu zaman dahulu.
Apa-apa pun mari kita lihat maksud disebalik luaran seorang lelaki :

1. Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.


2- Rambut
Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting lembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah


3. Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.
4. Dahi
Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.
5. Mata
Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.
6. Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.
7. Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.
8. Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat. Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.
9. Gigi
Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.
10. Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya
11. Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.
12. Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.
13. Bahu
Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjimat..

-TIPS MENGENALI LELAKI MELALUI ZODIAK...


Bosan jugak kalau hari-hari bercakap pasal buat duit nie.. icon wink Tips Mengenali Lelaki Melalui Zodiak . Kali ni saya nak berkongsi sedikit cara mengenali lelaki melalui Zodiak(Bintang bukan Binatang). 
Leo (24 Julai – 23 Ogos)
Orang nyer: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dgn org yg disayangi nyer. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego… (jejaka leo memang gitu).
Tips utk memikat: Sebagai pompuan, harus lah tunjuk kewanitaan yg selembut-lembut nyer. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai tiap2 ciri dan kualiti ada pada jejaka leo. 
WARNING: Jgn..saya ulangi..JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-banding kan dgn org lain..mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, ader kang nanti merajok, balik bilang mak. 
Virgo (24 Ogos – 23 September) 
Org nyer: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari pompuan. 
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn byk cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yg manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng..kuat merajuk) 
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter “over welming”..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia. 
Libra ( 24 Spetember – 23 Oktober) 
Org nyer: cerewet, posessive, takes tings lightly wen cums to quarrel tapi jujur dlm segala hal 
Tips utk memikat: Senang aje..Libra suka pompuan yg ceria, hapy go lucky..SO be urself 
WARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem nak mampos. 
Scorpio ( 24 Oktober – 23 November) 
Org nyer: xtion serius, mudah cemburu, mood swing.. 
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nyer..nak bergayut kat telefon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. 
Tak suka berkongsi pompuan nyer dgn org lain. 
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio… (jgn kata guek tak kasi warning) 
Sagitarius ( 23 November – 21 December)
Org nyer: Fu..yoh..siapa dpt memang untung… Sagitarius org nyer hapi aje..suka (bergembira tepuk tangan sama2..la la la..) bawa partner jln2..sort of adventures 
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak kluar..tengok wayang ke? karaoke ke? anytink asal kan jgn membosan kan… 
WARNING: Jgn “u plan..i plan lah”..’confirm tak ada plan’. 
Capricon ( 22 December – 20 Januari)
Org Nyer: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda 
Tips utk memikat: KOOL aje sis..nak tekel mereka bukan mudah..jgn give in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal 
WARNING: Macam layang2 putus tali..jual mahal..mahal jugak sis..jgn mahal sampai terputus tali..melepas lah kau nanti… 
Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari) 
Org Nyer: Pijak semut tak mati.. 
Tips utk memikat: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik, glamer..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u 
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org..so sblm dia tingal kan kita..kita blah dulu 
Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Org Nyer: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. 
Tips utk memikat: Kasi jer belacan… 
WARNING: Diorang tak suka macam belacan! 
Aries (21 Mac – 20 April)
Org Nyer: Anak mak! smart mamat. intelligent, 
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertip..bab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya 
WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan kat workshop baru baik. 
Taurus (21 April – 21 Mei)
Org nyer: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri… 
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u.. 
WARNING: Kadan Kadang diorang suka buat kelakar sorang sorang… kesian takde orang lain layan… 
Gemini (22 Mei – 21 Jun) 
Org nyer: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..dlm apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nyer 
Tips utk memikat: Sabar aje lah..be patient. Sebagai pompuan, mengalah lah sikit..lambat laun hati nyer akan lembut jugak..Lelaki Gemini nie suka pada pompuan yg lembut, hatinya akan lembut jua. 
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nyer..kalau dah tak tahan dgn mereka..blah aje jgn byk cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer. 
Cancer ( 22 Jun – 23 Julai) 
Org nyer: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dgn kemewahan..tetapi mereka adalah sebalik nyer..(berhati-hati ya) 
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas. 
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lamer jadi masam.. kadang kadang jadi basi…

-KATA-KATA PUJANGGA CINTA...


  1. *Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu        ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi                      kecintaanmu pada suatu ketika.
  2. *Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
  3. *Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali.
  4. *Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta.
  5. *Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang.
  6. *Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki.
  7. *Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya.
  8. *Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
  9. *Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerimanya.
  10. *Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda.
  11. *Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...